Followers

Saturday, August 11, 2012

Pengalaman Pertama

Assalamualaikum untuk semua belogwalking di sini.

Berdirinya Saya di sini untuk berkongsi pengalaman 

Pengalaman melahirkan anak (sudah pun diceritakan pada entry yang lepas)



Pengalaman ketika menjaga anak di wad 6C.

Ketika itu anak saya baru berusia 2 hari. Pada pagi itu , nurse dari Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan datang melakukan pemeriksaan ke atas saya dan juga anak saya. Nurse memberitahu anak saya ad tanda-tanda terkena demam kuning. Petang itu , sekitar jam 2 petang , saya , emak serta incek hubby membawa hero kecik saya ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan untuk melakukan pemeriksaan.

Setelah darah di ambil dan result di hantar ke bilik doktor , kami tunggu sebentar untuk menunggu apa kata doktor mengenai result. Dengan berdebarnya saya menunggu sambil berdoa janganlah sampai kena masuk wad. Ternyata nurse keluar dan memberitahu anak saya terpaksa di tahan di wad 6C di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Waktu itu saya rasa sangat-sangat down sebab malam itu suami saya akan balik ke Penang setelah bercuti selama 4 hari.

Kami tiba di wad 6C dalam pukul 4.30petang. Sementara menunggu proses pendaftaran saya di arahkan untuk membuka kesemua baju anak saya kecuali pampers dan di letakkn di bawah lampu berwarna ungu. 
Waktu itu , perasaan saya sangat bercampur baur kerana saya terpaksa melihat anak saya yang merengek tidak selesa ketika di letakkan di bawah lampu itu dengan keadaan mata tertutup dengan kaca mata kain dan hanya memakai pampers. Setiap setengah jam anak saya akan menangis minta susu. Memang waktu yang sangat sukar bagi saya kerana saya dapat rasa macam mana tak selesanya anak saya kerana kerap kali merengek dan menangis. Dalam pukul 8.30 malam , saya di beri bilik untuk berehat manakala anak saya mereka letakkan di bilik berasingan. Macam manalah saya nak tidur sedangkan anak saya berada jauh dari saya. Waktu itu saya menangis sebab dah tak tahan sehinggakan saya berjumpa nurse dan meminta agar anak saya boleh ditempatkan satu bilik dengan saya dan saya turut berdoa agar anak saya dapat sebilik dengan saya.

Alhamdulillah doa saya dimakbulkan . Sekitar jam 12 tengahmalam nurse menghantar anak saya untuk diletakkan berhampiran katil saya.Masih diletakkan di bawah lampu. Waktu itu saya bersyukur sangat sebab sekurang-kurangnya saya dapat berdekatan dengan anak saya. Tapi malam itu memang malam yang sukar bagi saya sebab saya kena stay dekat wad sorang diri sebab hanya ibu bapa bayi saja dibenarkan berada di wad dan ketika itu suami saya dah balik penang. Saya menangis lagi bila anak saya pada malam itu asyik menangis dan terus merengek walaupun saya dah menyusukan dia. Sehinggalah saya buntu tak tau nak buat apa lalu memanggil nurse. Dalam pukul 6 pagi baru anak saya dapat tidur dengan lena. 

Alhamdulillah dalam pukul 1 petang , doktor memberitahu bahawa anak saya dah dibenarkan keluar wad sebab bacaan dah menurun. Waktu itu , saya bersyukur sangat sebab saya dah tak sanggup nak tengok macam mana tak selesanya anak saya ketika itu.

Sekarang ini anak saya dah sihat wal afiat dan semakin chubby.
Inilah latest photo dari Muhammad Aakif Fayyadh



notakaki:  Macam itulah perasaan mak kita bila kita tak sihat  tetapi bila kita dah besar cakap dia pun kita tak nak dengar dan kadang-kadang kita melawan.

No comments:

Post a Comment

✖COPYRIGHT ™ elanihassan.blogspot.com✖