Followers

Tuesday, July 31, 2012

My Sweet Little Hero


Assalamualaikum oll's..
Pertama sekali saya ingin memohon seribu kemaafan buad sume belogwalking disini bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini :)

Untuk entry kali ini saya ingin menceritakan saat-saat menanti kelahiran anak kesayangan saya iaitu MUHAMMAD AAKIF FAYYADH BIN MOHD AMAY yang membawa maksud MUHAMMAD(yang terpuji) - AAKIF(beriktikad) - FAYYADH(murah hati).

Anak kesayangan saya ini selamat saya melahirkan pada jam 1.19pagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh . Tapi kesakitan yang saya tanggung hampir 22jam. Waktu sakit , mula teringat macam niyh rupenye kesakitan yang mak kita tanggung hanya untuk melahirkan seorang manusia ke dunia. Barulah sedar waktu tu yang kita banyak melakukan kesalahan terhadap mak kita. Secara otomatiknye , waktu suami dan mak datang melawat petang tu di wad antenatal , dengan segeranya saya memohon kemaafan daripada semua.

Selepas waktu melawat tamat , saya tertidur sekejap . sekitar jam 8 malam saya dah mulai merasai kesakitan yang agak kerap lantas meminta tolong dari kakak katil sebelah(tak sempat lak nak tanya nama dia). Doctor datang check dan memberitahu pintu rahim hanya terbuka sedikit sahaja lantas dea mengambil keputusan untuk memberi ubat tahan sakit. Saya dibawa ke bilik pemeriksaan dan di suntik ubat. Kemudian saya tertidur sekitar satu jam dan terjaga semula sakit makin dirasai. Lantas nurse datang da membwa saya ke dalam dewan bersalin. Waktu tuh kesakitan dah berada di tahap kemuncak.

Setibanya di dewan bersalin saya disuruh berbaring di atas katil sambil menunggu nurse yang akan menyambut anak saya. Nurse yang membawa saya pesan kalau sakit jangan push lagi. Tapi saya tak dengar kata nurse tuh , setibanya nurse yang akan menyambut anak saya datang dan check saya. Apa yang saya dengar dea kata time tuh "dah nampak kepala baby lah , kalau saket terus push" dengan ucapan Bismilahirahmanirohim saya pun push dengan sekuat hati dan seketika kemudian terdengar suara baby menangis . Ketika itu segala kesakitan tadi terus lenyap dan hilang begitu sahaja. Waktu kena jahit pun dah tak rasa sakit sebab apa yang ada dalam kepala hanya nak tengok anak yang baru saya lahirkan ke dunia.

Sejam kemudian , anak yang dilahirkan pun dibawa kepada saya. Perasaan waktu itu memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Macam-macam perasaan yang ada waktu itu. Sebaik melihat wajah dea , rasa sejuk damai je hati. Agaknya macam itu perasaan mak kita bila pertama kali melihat kita selepas dilahirkan. Alhamdulillah kerana saya di beri peluang untuk merasai perasaan itu .

notakaki:hargailah dan sayangilah mak kita selagi dea maseh ada bersama kita, jangan sesekali kita abaikan dea serta perasaan mak kita yang telah susah payah mengharungi kesakitan dalam membawa kita untuk melihat ke dunia ini.

No comments:

Post a Comment

✖COPYRIGHT ™ elanihassan.blogspot.com✖