Followers

Sunday, March 18, 2012

Backkkk ...

Assalamualaikummm ..
Tittle kali niyh memang agak KEMBALI kerana setelah sekian lama saya tak update ini belog ..
Memang belog ini sudah nampak bersawang-sawang yang teramat sangat sehingga saya duduk termenung di hadapan skrin memikirkan bagaimanakah yang perlu saya lakukan ..
Setelah pikir , pikir dan pikir ... Akhirnya saya telah menemui jalan peelesaian iaitu update lah apa-apa . tapi yang pasti biarlah interaktif . Aisyhhh ! perkataan apakah itu ?

13/March/2012 - Hari yang tak mungkin saya lupakan dalam hidup saya . Kerana apakah ? Kerana pada hari ini saya dikehendaki pergi ke Klinik sekali lagi untuk ambil darah & minum air gula ( bukan sedikit ye tapi 1 mug yang penuh ) . Time nak habiskan memang sadis la . Masa yang di ambil lebih kurang 10minit juga . Nasib baikla tak rasa nak muntah atau apa . Pada malam saya telah dikehendaki berpuasa selepas pukui 12 tengahmalam dan hanya di benarkan minum air kosong sahaja . Sebelum nurse menyuruh minum air gula , darah saya telah di ambil . Untuk kali pertama , darah langsung taknak keluar ( pr0tes agaknya ) . Kali kedua pula , hanya keluar 2 titik ( itu pun selepas dipujuk ) . Kali ketiga baru darah mahu keluar . Selepas itu , barlah start minum air gula . Kena tunggu 2 jam untuk sesi pengambilan darah yang kedua . Okie ! sebenarnya saya dah serik tapi apakan daya ku terpaksa . Tepat pukui 10.10am , masuk semula ke dalam bilik dan nurse memulakan operasi , kali ini hanya sekali sahaja tapi pada tempat yang sama darah di ambil kali pertama . Sakitnya hanya Allah sahaja yang tau .. Dan sekarang tangan saya masih lagi lebam walaupun sakit dah takde ..

*berat naik 2kg every month :)
✖COPYRIGHT ™ elanihassan.blogspot.com✖