Followers

Monday, December 31, 2012

Amazing 2012

Assalamualaikum buat semua disini ..

Hari ini 31/12/2012 , iaitu petanda menunjukkan penghujung bagi tahun 2012 yang banyak memberikan suka duka buat semua orang .

Begitu juga dengan saya ...
Untuk Tahun 2012 , suka lebih dari duka ( duka tak usah dikenang , andai dikenang jadikan pengajaran )


02/01/2012 
Pindah masuk rumah baru , ini bermaksud stay together-gather dengan incek Hubby & unborn child ( tengah preggy time ini ) . Start tarikh ini bermakna saya dah ada keluarga dan komitmen yang sangat penting dalam kehidupan sekarang .


31/05/2012
First time celebration Birhtday Inceek Hubby . Incek Hubby bawak jejalan pusing Penang malam tu. Pergi lepak Padang Kota Lama. Incek Hubby belanja makan Aiskrim roti , bersembang-sembang sakan , Then pegi makan tomyam set dekat Foodcourt Pantai Seagate ...( Saya yang kena belanja incek Hubby )

14/06/2012
Incek Hubby celebrate my birhtday dekat Johnny's Restaurant Queensbay Mall . Best sangat-sangat sebab kita kan tengah preggy so mintak apa pun mesti boleh tercapai hajatnya. So kita pun mintaklah nak makan steamboat dekat Johnny's Restaurant . Marvellous sesangat :)))))

10/07/2012
Lahirnya MUHAMMAD AAKIF FAYYADH BIN MOHD AMAY pada tarikh yang sangat bermakna jam 1.19pg di Hospital Raja Permaisuri Bainun , Ipoh . ( yeeeyyy ! anak saya orang ipoh macam saya jugak ) Dialah pelengkap hidup kami sekarang :)))))


**antara moment-moment yang semestinya saya tak lupakan sepanjang tahun ini . 2013 lagi berapa jam saja lagi , dan saya berharap tahun 2013 akan jadi tahun yang sangat membahagiakan buat kami satu keluarga 


HAPPY NEW YEAR OLLS :)))))


Monday, December 24, 2012

Satu Langkah Maju KeHadapan :)


Assalamualaikum semua belogwalking or silent reader :))))

New entry :)))))

Mummy rasa sangatlah happy kerana apakah ? Kerana anak saya sudah satu langkah maju kehadapan .
Maju bagaimanakah ??
Bagaimanakah ??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Fayyadh dah boleh meniarap lah. Pantang bagi baring atas tilam atau katil mesti dengan segera si kecik saya akan mengalihkan badannya :))))
Dan ini merupakan pengalaman yang sangat-sangat saya nantikan :))))
Begitu jugalah untuk mummy yang dekat luar sana kan..

Tambahan pulak , Fayyadh pun dah start makan makanan pejal . So setiap pagi Mummy akan buat Bubur nasi taruh carrot + ubi kentang then Mummy blend bagi sehalus-halusnya barulah Mummy suapkan dia makan & the best part asal sudu dah dekat mulut Fayyadh mesti dia akan ngangakan mulut dia dan Mummy sangat happy sebab dia senang nak bagi makan.

Mummy ingat nanti Mummy nak merajinkan diri jenguk belog Dr.Harlina lah nak amik makanan solid yang dia selalu bagi Little B makan.
Nanti-nanti Mummy update latest entry dengan gambar Fayyadh yang tengah meniarap ye :)))))



Terima Kasih Daun Keladi , Nanti Datang Lagi :)))))

Wednesday, December 19, 2012

Tension Sangat

Assalamualaikum buat semua yang sudi menjengahkan diri ke Blog saya yang serba kekurangan ini. TERIMA KASIH YE  sbb sudi jenguk walaupun sekejap.

Mula-mula sekali saya ingin memohon maaf andai blog ini dah lama tak update entry terbaru. Sejak-sejak dah bergelar MUMMY niyh makin payah lak nak menulis dekat sini sbb Fayyadh dah makin aktif sekarang , tambahan pula , rumah baru je masuk internet line ( Terima kasih incek hubby kerana membelikan lappy untuk saya dan masukkan internet line ) untunglahkannnnn..

Lately ni saya asyik post status dalam Fesbuk mengenai rumah sewa yang sekarang kami duduk di lelong tapi hingga kini tiada yang nak beli (dah tempatnya tak strategik &rumah yang sangat kecik)

Tapi yang membuatkan saya tension bila inform dekat owner dia macam marah-marah sbb saya & incek hubby mintak balik deposit sbb dah rumah ni bukan hak dia lagi so mmg patut deposit kami dia kena return balik. Tapi biasalah bila kita berurusan dengan bangsa lain niyh macam-macam nak diputar belitnya. Last-last kitaorang amik keputusan hujung bulan December niyh PINDAH . Dan yang palng puas hati bil elektrik + Bil air memang kitaorang biarakan tertunggak. Hahahahaha PADAN MUKA KAU !!!
Macam ini je caranya nak ajar dia.


Sekarang ini dalam proses nak cari rumah sewa. Dalam Mudah.my pun dah cari tapi tak berapa reasonable sbb 2 bilik sewa rm400. Rumah yang sekarang sebulan baru RM300 = 2 bilik gak.
Now ada masa lebih kurang 2 minggu saja lagi . Barang siapa yang ada maklumat tentang rumah sewa area Farlim @ Air Itam Penang , bolehla contact saya ye :)


Saturday, August 11, 2012

Pengalaman Pertama

Assalamualaikum untuk semua belogwalking di sini.

Berdirinya Saya di sini untuk berkongsi pengalaman 

Pengalaman melahirkan anak (sudah pun diceritakan pada entry yang lepas)



Pengalaman ketika menjaga anak di wad 6C.

Ketika itu anak saya baru berusia 2 hari. Pada pagi itu , nurse dari Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan datang melakukan pemeriksaan ke atas saya dan juga anak saya. Nurse memberitahu anak saya ad tanda-tanda terkena demam kuning. Petang itu , sekitar jam 2 petang , saya , emak serta incek hubby membawa hero kecik saya ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan untuk melakukan pemeriksaan.

Setelah darah di ambil dan result di hantar ke bilik doktor , kami tunggu sebentar untuk menunggu apa kata doktor mengenai result. Dengan berdebarnya saya menunggu sambil berdoa janganlah sampai kena masuk wad. Ternyata nurse keluar dan memberitahu anak saya terpaksa di tahan di wad 6C di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Waktu itu saya rasa sangat-sangat down sebab malam itu suami saya akan balik ke Penang setelah bercuti selama 4 hari.

Kami tiba di wad 6C dalam pukul 4.30petang. Sementara menunggu proses pendaftaran saya di arahkan untuk membuka kesemua baju anak saya kecuali pampers dan di letakkn di bawah lampu berwarna ungu. 
Waktu itu , perasaan saya sangat bercampur baur kerana saya terpaksa melihat anak saya yang merengek tidak selesa ketika di letakkan di bawah lampu itu dengan keadaan mata tertutup dengan kaca mata kain dan hanya memakai pampers. Setiap setengah jam anak saya akan menangis minta susu. Memang waktu yang sangat sukar bagi saya kerana saya dapat rasa macam mana tak selesanya anak saya kerana kerap kali merengek dan menangis. Dalam pukul 8.30 malam , saya di beri bilik untuk berehat manakala anak saya mereka letakkan di bilik berasingan. Macam manalah saya nak tidur sedangkan anak saya berada jauh dari saya. Waktu itu saya menangis sebab dah tak tahan sehinggakan saya berjumpa nurse dan meminta agar anak saya boleh ditempatkan satu bilik dengan saya dan saya turut berdoa agar anak saya dapat sebilik dengan saya.

Alhamdulillah doa saya dimakbulkan . Sekitar jam 12 tengahmalam nurse menghantar anak saya untuk diletakkan berhampiran katil saya.Masih diletakkan di bawah lampu. Waktu itu saya bersyukur sangat sebab sekurang-kurangnya saya dapat berdekatan dengan anak saya. Tapi malam itu memang malam yang sukar bagi saya sebab saya kena stay dekat wad sorang diri sebab hanya ibu bapa bayi saja dibenarkan berada di wad dan ketika itu suami saya dah balik penang. Saya menangis lagi bila anak saya pada malam itu asyik menangis dan terus merengek walaupun saya dah menyusukan dia. Sehinggalah saya buntu tak tau nak buat apa lalu memanggil nurse. Dalam pukul 6 pagi baru anak saya dapat tidur dengan lena. 

Alhamdulillah dalam pukul 1 petang , doktor memberitahu bahawa anak saya dah dibenarkan keluar wad sebab bacaan dah menurun. Waktu itu , saya bersyukur sangat sebab saya dah tak sanggup nak tengok macam mana tak selesanya anak saya ketika itu.

Sekarang ini anak saya dah sihat wal afiat dan semakin chubby.
Inilah latest photo dari Muhammad Aakif Fayyadh



notakaki:  Macam itulah perasaan mak kita bila kita tak sihat  tetapi bila kita dah besar cakap dia pun kita tak nak dengar dan kadang-kadang kita melawan.

Tuesday, July 31, 2012

My Sweet Little Hero


Assalamualaikum oll's..
Pertama sekali saya ingin memohon seribu kemaafan buad sume belogwalking disini bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini :)

Untuk entry kali ini saya ingin menceritakan saat-saat menanti kelahiran anak kesayangan saya iaitu MUHAMMAD AAKIF FAYYADH BIN MOHD AMAY yang membawa maksud MUHAMMAD(yang terpuji) - AAKIF(beriktikad) - FAYYADH(murah hati).

Anak kesayangan saya ini selamat saya melahirkan pada jam 1.19pagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh . Tapi kesakitan yang saya tanggung hampir 22jam. Waktu sakit , mula teringat macam niyh rupenye kesakitan yang mak kita tanggung hanya untuk melahirkan seorang manusia ke dunia. Barulah sedar waktu tu yang kita banyak melakukan kesalahan terhadap mak kita. Secara otomatiknye , waktu suami dan mak datang melawat petang tu di wad antenatal , dengan segeranya saya memohon kemaafan daripada semua.

Selepas waktu melawat tamat , saya tertidur sekejap . sekitar jam 8 malam saya dah mulai merasai kesakitan yang agak kerap lantas meminta tolong dari kakak katil sebelah(tak sempat lak nak tanya nama dia). Doctor datang check dan memberitahu pintu rahim hanya terbuka sedikit sahaja lantas dea mengambil keputusan untuk memberi ubat tahan sakit. Saya dibawa ke bilik pemeriksaan dan di suntik ubat. Kemudian saya tertidur sekitar satu jam dan terjaga semula sakit makin dirasai. Lantas nurse datang da membwa saya ke dalam dewan bersalin. Waktu tuh kesakitan dah berada di tahap kemuncak.

Setibanya di dewan bersalin saya disuruh berbaring di atas katil sambil menunggu nurse yang akan menyambut anak saya. Nurse yang membawa saya pesan kalau sakit jangan push lagi. Tapi saya tak dengar kata nurse tuh , setibanya nurse yang akan menyambut anak saya datang dan check saya. Apa yang saya dengar dea kata time tuh "dah nampak kepala baby lah , kalau saket terus push" dengan ucapan Bismilahirahmanirohim saya pun push dengan sekuat hati dan seketika kemudian terdengar suara baby menangis . Ketika itu segala kesakitan tadi terus lenyap dan hilang begitu sahaja. Waktu kena jahit pun dah tak rasa sakit sebab apa yang ada dalam kepala hanya nak tengok anak yang baru saya lahirkan ke dunia.

Sejam kemudian , anak yang dilahirkan pun dibawa kepada saya. Perasaan waktu itu memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Macam-macam perasaan yang ada waktu itu. Sebaik melihat wajah dea , rasa sejuk damai je hati. Agaknya macam itu perasaan mak kita bila pertama kali melihat kita selepas dilahirkan. Alhamdulillah kerana saya di beri peluang untuk merasai perasaan itu .

notakaki:hargailah dan sayangilah mak kita selagi dea maseh ada bersama kita, jangan sesekali kita abaikan dea serta perasaan mak kita yang telah susah payah mengharungi kesakitan dalam membawa kita untuk melihat ke dunia ini.

Friday, June 8, 2012

Counting the day :))

Assalamualaikum buat semua blogwalking untuk belog ini !!

Pertama sekali saya ingin memohon beribu kemaafan kerana sudah sekian lama belog ini dibiarkan sepi tanpa update entry yang terbaru.
Bukan saja nak biar menyepi tetapi kerana faktor di rumah tiada incek lappy serta internet membuatkan saya menyepi .

Sedar tak sedar saya pun bakal memasuki alam yang baru selepas menempuh alam sebagai isteri mithali . Adoiii perasan pulak (-___-)

Kini genap 34 minggu usia kandungan saya . Tolak tambah darab bahagi bermakna sebulan ++ saja saya akan deliver.

Hari itu ada buat scan dekat klinik government. Doc bagitau baby saya dalam keadaan sihat . Tapi agak frust juga sebab doc tak bagitau sama ada baby kitaorang boy@girl . Saya inform dekat incek hubby sebab time scan dea kena kerja so saya pergi klinik seorang diri. Nasib baiklah klinik tak jauh dari rumah kami sekitar 5 minit perjalanan . Bila incek hubby dapat tau yang doc tak inform gender anak apa dea cuma boleh kata "tapewlah biar suprise sikit" . Saya pun tak kesah boy@girl yang penting baby kami sihat dan sempurna .

Sekarang ini baby sangat aktif pada waktu malam tapi sangat bernasib baik sebab waktu saya tidur dea tak penah pulak kacau. Kiranya saya dapat tidur dengan lena. Alhamdulillah juga sebab saya tak mengalami alahan yang teruk sepanjang kehamilan saya. Masak memasak pun takde masalah . So everything going smoothly .

Due date saya doc jangka 20/7 . So saya akan berada di epoh 2 minggu lebih awal lagi sebab anything can happen right .
Bermakna pada tahun ini saya akan beraya bersama ahli keluarga yang baru. Dan yang paling tak sabar ialah incek hubby . Dea cukup geram bila tengok baby kami gerak-gerak . Sampai kan dea boleh cakap " Isyhh ! bila nak kuar anak ayah niyh ! dok gerak2 dalam perut mummy niyh buad ayah geram betoi . nanti dah kuar ayah nak gomoi2 baby" hahahaha -__- statement yang sangat menggelikan hati.

Apa-apa pun tolong doakan saya dan baby ye :))

Last but not least ! Thanks sebab singgah belog ini :))

Sunday, March 18, 2012

Backkkk ...

Assalamualaikummm ..
Tittle kali niyh memang agak KEMBALI kerana setelah sekian lama saya tak update ini belog ..
Memang belog ini sudah nampak bersawang-sawang yang teramat sangat sehingga saya duduk termenung di hadapan skrin memikirkan bagaimanakah yang perlu saya lakukan ..
Setelah pikir , pikir dan pikir ... Akhirnya saya telah menemui jalan peelesaian iaitu update lah apa-apa . tapi yang pasti biarlah interaktif . Aisyhhh ! perkataan apakah itu ?

13/March/2012 - Hari yang tak mungkin saya lupakan dalam hidup saya . Kerana apakah ? Kerana pada hari ini saya dikehendaki pergi ke Klinik sekali lagi untuk ambil darah & minum air gula ( bukan sedikit ye tapi 1 mug yang penuh ) . Time nak habiskan memang sadis la . Masa yang di ambil lebih kurang 10minit juga . Nasib baikla tak rasa nak muntah atau apa . Pada malam saya telah dikehendaki berpuasa selepas pukui 12 tengahmalam dan hanya di benarkan minum air kosong sahaja . Sebelum nurse menyuruh minum air gula , darah saya telah di ambil . Untuk kali pertama , darah langsung taknak keluar ( pr0tes agaknya ) . Kali kedua pula , hanya keluar 2 titik ( itu pun selepas dipujuk ) . Kali ketiga baru darah mahu keluar . Selepas itu , barlah start minum air gula . Kena tunggu 2 jam untuk sesi pengambilan darah yang kedua . Okie ! sebenarnya saya dah serik tapi apakan daya ku terpaksa . Tepat pukui 10.10am , masuk semula ke dalam bilik dan nurse memulakan operasi , kali ini hanya sekali sahaja tapi pada tempat yang sama darah di ambil kali pertama . Sakitnya hanya Allah sahaja yang tau .. Dan sekarang tangan saya masih lagi lebam walaupun sakit dah takde ..

*berat naik 2kg every month :)
✖COPYRIGHT ™ elanihassan.blogspot.com✖