Followers

Thursday, June 23, 2011

HIV test Done !


Preparation untuk segala DOCUMENT PerNIKAHAN hampir 80% c0mplete !

23 / June /2011

Saya telah pergi membuat HIV test di Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan sekitar jam 2.30 ptg bersama Adeq Kesayanagn Hamba ( Hazim Hassan ) . Thanx dude !

Sebaik daftar untuk buad HIV test , darah gemuruh sudah datang . Walaup0wn diberitahu hanya memerlukan sedikit saja darah tapi darah gemuruhku tetap tak buley dielakkan .

Aku tetap tabahkan hati aku dan akhirnya ! aku berjaya mengharungi ujian itu . Tepukan gemuruh buat Cik Elani Hassan . weeeeeee~

Selepas selesai ujian itu , aku di arahkan pergi ke Unit Kesihatan Ibu & Anak . Mula-mula aku agak k0nfius atas sebab musabab apakah aku perlu pergi ke Unit itu . Sampai saja di sana , aku menyerahkan borang kepada Nurse yang bertugas di situ . Setelah itu , di ambil segala-gala butiran peribadi termasuk menanyakan s0alan - s0alan yang agak pelik dan kelakar .
Aku yang sememangnya k0nfius serta pelik bertanyakan kepada Nurse ,

Saya :: Kenapakah ? Mengapakah pr0sedur ini ?
Nurse :: Ini untuk pendaftaran Pra - Kehamilan .
Saya :: isyhhh ! kawen bel0m lagi napew perlu daftar pra-kehamilan ?
Nurse :: Memang terpaksa sebab pr0sedur .
Saya :: okie !

Setelah di isi butiran-butiran penting , aku di beri ubat FOLIC ASID . Nurse itu beritahu itu harus di amalkan sebelum kahwin untuk kesihatan , ini salah satu ubat yang untuk mengelak anak dalam kandungan nanti tak dapat kecacatan tulang belakang .

Okie ! saya p0wn ikut saja arahan yang diberi dan mengikut kata Nurse itu lagi 3 bulan saya perlu kembali lagi ke Unit itu .

Dengan ini diisytiharkan HIV test COMPLETE !

No comments:

Post a Comment

✖COPYRIGHT ™ elanihassan.blogspot.com✖