Followers

Tuesday, March 22, 2011

Kaki Novel


Untuk entry-entry yang akan datang niyh ..
Saya " Miss Elani " akan menceritakan perihal mengenai novel-novel yang penah jadi bahan tantapan mataku ini .

:: Novel Pertama ::









Sepupuku Suamiku

Novel ini hasil nukilan oleh Lynn Allyna . Novel ini merupakan novel sulung nukilan penulis yang berasal dari Dungun , Terengganu ini . Penulis berusia 23 tahun ini adalah anak sulung daripada empat orang adik beradik dan masih belum berumah tangga . ( s0 sesape yang nak berkenalan boleh jewp tp saya tata0 n0 f0n dea )

Novel ini adalah terbitan Kaki Novel . s0 ini adalah pertama kali saya mmbaca novel yang diterbitkan oleh pihak penerbitan ini kerana sebelum ini saya hanya membaca novel dari Buku Prima serta Alaf 21 .

Novel ini mengisahkan mengenai perkahwinan antara sepupu yang terpaksa menerima keputusan untuk menyelamatkan nama baik keluarga sepupu lelaki tetapi pada hakikatnya sepupu perempuan iaitu Nana memang sejak kecil lagi menyukai akan sepupu lelaki iaitu Hisyam . Bagi Nana , Pucuk di cita ulam mendatang ataup0wn besar tapak tangan , padang g0lf dea tadahkan .
Siapa kata kahwin dengan sepupu sendiri tak boleh bahagia ? Kalau dah cinta . anjing dengan kucing pun boleh hidup bersama . Nana dan Hisyam telah membuktikannya . Walaupun perkahwinan mereka hanya ingin menjaga maruah keluarga , tetapi mereka masih mamapu hidup bahagia . Cinta yang disemai semakin hari semakin segar mewangi .

Tetap entah di mana silapnya , badai tak henti-henti melanda . Satu per satu dugaan mendatang hingga mer0bek tangkai hati mereka .

Si kekasih datang menuntut janji . Nana tidak dapat bertahan . Andai perpisahan sudah ditakdikan buat mereka , dia pasrah .

Bagi Hisyam , abdai bercerai badan sekali pun cintanya tetap utuh buat Nana . Tiada cinta lain baginya . Hani hanya perosak . Johan hanya datang menganggu . Tidak goyah walau sedikit pun cintanya buat si isteri .

Ketaksuban cinta Hani terhadap Hisyam tak dapat di sangkal . Pelbagai cara dilakukan agar Hisyam kembali semula padanya . Makin kuat Hisyam menolak , makin kuat dia menarik . Demi cinta , andai terkorban diri sekalipun dia sanggup .

Johan juga begitu . Dalam hatina hanya ada Nana . Selagi Nana tidak menjadi miliknya , selagi itulah dia akan terus berusaha .

" Abang , hati Nana hanya ada satu . Sekali Nana jatuh cinta untuk selamanya hati Nana kat orang itu . Nana harap abang mengerti "

Mampukah mereka menepis segala rintangan yang mendatang ? Mampukah mereka membina impian seperti yang diangankan ? Berpeganglah pada jnji Tuhan dan percayalah pada kuasa cinta .

Andai kau tercipta untukku , kita tetap akan bersatu walau terpisah seribu tahun .



1 comment:

✖COPYRIGHT ™ elanihassan.blogspot.com✖