Followers

Friday, March 18, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA



Hye followers and stalker !
Teng0k poster niyh mesty u ols da buley agak kan ai na cite pasai apa kan .
Untuk entri niyh ai na cite pasal cerita yang di arah oleh Yusry KRU yang menelan belanja berjuta ringgit ini .

::: SINOPSIS CITE NIYH :::

Permulaan cerita ini mengenai Zaman Kegemilangan Rom , Empayar China serta Penubuhan Langkasuka .

Filem epik ini mengisahkan mengenai Merong Mahawangsa , seorang kapten kapal yang sering merantau ke merata tempat di dunia ini dan mengatakan bahawa dia merupakan keturunan Alexander The Great . Dia juga telah bergelar seorang Raja untuk Negeri Langkasuka ketika dalam perjalanan ke Laluan Emas untuk mengahwinkan Putera Rom dengan Puteri China .
Ketika mereka berada di tempat itu , tidak semena mereka telah di serang oleh Lanun yang menggelar " Geruda " . Puak lanun ini di ketuai oleh Taji dan di bantu oleh Kemawas . Keistimewaan mereka ialah mereka mempunyai tangkal yang menyebabkan mereka menjadi kebal . Berlaku pertempuran hebat di antara Askar China dan orang-orang Puak Geruda . Puteri China telah di culik oleh Puak Geruda dan Merong cedera parah tapi telah di selamatkan oleh seorang Bomoh tempatan , Pak Kesum telah mengubati luka Merong dan sebelum ini Pak Kesum telah mendapat mimpi amanat yang mengadakan akan ada seorang Raja dari luar yang akan menyelamatkan segala suku serta menentang Puak Geruda .
Setelah Merong sembuh dari lukanya , dia telah menuntut ilmu dengan Pak Kesum . Dengan bantuan dari Kerajaan Rom serta Empayar China , Merong telah membebaskan Negeri Langkasuka dari cengakaman Puak Geruda .

** Cerita ini akan di di edarkan ke 72 buah negara dengan tajuk :: The Malay Chronicles: Bloodlines
** Cerita ini menggunakan sepenuhnya teknik CGI yang sering Yusry KRU gunakan di dalam filem-filem sebelumnya .

Scene yang tak mungkin dilupakan ::
1 ) Puteri China mandi dalam tab mandi
2) Inang yang berpura-pura mati

Dialog yang best ::
Inang :: Muscular , tall ... you'll get strong sons from this one
Inang :: younger , not so muscular , .... you'll get beautiful daughter from this one
Merong :: Maybe its my uncle ... Merong Mahasuasa

Dialog yang tak patut di tuturkan ::
Kemawas :: Apa salahnya mengintai di bawah tudung saji
:: Pintu pagar telah terbuka , manakan boleh tahan airnya ( Ayat yang agak kurang sopan kiranya )

Bintang :: 4 daripada 5





No comments:

Post a Comment

✖COPYRIGHT ™ elanihassan.blogspot.com✖