Followers

Thursday, March 31, 2011

Bajet Lari !!

Okeh Stalkers ..

untuk entry kali ini saya akan share mengenai BAJET LARI ..
.
.

Ada kala kita telah merancang sebaik mungkin dalam ngaturkan kewangan tapi tanpa disangka-sangka bajet yang telah kamu rancang akhirnya terpaksa dirombak gara-gara perkara yang tak disangka seperti 'kereta tetibe rosak' , 'pensyarah tetibe buat kejutan suh beli buku rujukan harga yang agak mahal ' .. Aishhh niyh yang buad tak senang duduk sebab atas sebab-sebab tak jangka bajet yang dirancang lari jauh dari kita .
.
.
.
.
.
.
Bagaimana caranya untuk kamu atasi masalah ini . Jom praktik tips2 ini ..
Gudluck keyh ..

1) kira dan buat semula bajet yang baharu
Perkara ini adalah sanad penting untuk kamu rangka semula bajet yang baru untuk kenal pasti berapa lebihan yang kamu ada . Tak kesahla sama ada banyak ataupun sedikit lebihan yang kamu ada . Apabila ada rangka bajet yang baru lebih mudah kamu atur semula kewangan.

2)Potong mana yang tak penting
Haruslah kamu berkorban untuk memotong item-item yang dirasakan kurang penting . Contohnya :: kamu rancang untuk membeli baju baru untuk bulan ini . Terpaksalah kamu korbankan item itu untuk di beli bulan hadapan .
p/s:: selalu ramai yang jarang dapat korbankan !

3) Jual apa yang rasa boleh bantu
Andai kamu terlalu terdesak , langkah paling baik sebelum meminjam adalah menjual apa-apa barang yang kamu rasakan bernilai tetapi kurang penting untuk kamu .

4)Pinjam dari keluarga terdekat
Sekiranya kamu benar0benar putus idea untuk selesaikan masalah kamu , cubalah meminjam dari keluarga yang terdekat . Misalnya ibu bapa serta adik beradik kamu . Sekurangnya mereka boleh berkompromi dalam soal membayar misalnya kamu mungkin tidak perlu membayar sekali gus sebaiknya ikut kemampuan .

5)Carilah yang terbaik
Andai berlaku apa-apa perkara di luar dugaan jangan terlalu cepat mengeluarkan wang . Biarpun dalam keadaan terdesak mana pun kamu tetap harus mencari harga terbaik bagi memastikan kamu tidak rugi besar . Bila kita dalam keadaan buntu mudah sahaja kena tipu .

important note : Jangan malu untuk tanya pada sesiapa pun di mana tempat yang menawarakan harga berpatutan untuk perbelanjaan kamu .

No comments:

Post a Comment

✖COPYRIGHT ™ elanihassan.blogspot.com✖